Monday 27 June 2011

TUJUH ORANG YANG MENDAPAT NAUNGAN ARASY

Di dalam kacau bilau, riuk pikuk dan kesengsaraan masyar nanti, terdapat 7 golongan yang dijanjikan Allah akan dinaungi oleh Arasy daripana terlalu panasnya suasana padang masyar iaitu:-

1.      Pemimpin Yang Adil

2.      Orang Muda Yang Taat Kepada Allah

3.      Seorang Lelaki Yang Hatinya Terpaut Kepada Masjid

4.      Dua Orang Yang Bersahabat Kerana Allah

5.      Orang Yang Menangis Kerana Allah tatkala duduk sendirian.

6.      Orang yang diajak berzina oleh seorang yang rupawan dan ia mampu melakukan tapi menolak dengan katanya, “Aku Takutkan Allah”.

Orang Yang Memberi Sedekah Secara Sembunyi-Sembunyi.

Tuesday 21 June 2011

WANITA YANG TABAH

Dihikayatkan pada zaman dahulu ada seorang yang bernama Abul Hasan.Ia pergi menunaikan haji ke Baitul Haram.Sewaktu dia tertawa tiba-tiba dia terpandang wajah seorang wanita yang bersinar dan bersih paras rupanya sehingga dia merasa kagum;Demi Allah belum pernah aku melihat riak muka secerah dan sehebat wanita ini. Apakah amalannya sehingga sebegini rupanya.

Wanita tersebut terdengar kata-kata Abul Hasan, lalu ia berkata:Wahai lelaki,apa yang telah kamu katakan tadi,sebenarnya Demi Allah aku tetap terbelenggu oleh perasaan dukacita. Hati aku terluka kerana risau dan tiada seorang pun yang aku dapat salahkan dalam hal yang telah menimpa aku ini. Lalu, Abu Hasan bertanya: Wahai perempuan, apakah hal yang telah merisaukan kamu?Berceritalah wanita itu:Pada suatu hari,ketika suamiku menyembelih kambing kurban.Pada masa itu aku mempunyai empat orang anak.satu telah kahwin,satu masih meminum susu dan dua lagi masih kanak-kanak.Sewaktu aku bangun untuk membuat makanan maka anakku yang tua berkata kepada adiknya;Wahai adikku.Sukakah kamu aku tunjukkan bagaimana ayah menyembelih kambing?Berkata si adik tunjukkanlah.Maka adiknya itu ditelentangkan dan disembelihnya.Setelah disembelih dia menjadi takut apabila melihat darah yang banyak,maka dia pun lari ke bukit.Akhirnya anakku yang besar itu dimakan serigala di atas bukit.Suamiku yang pergi mencari anak kami yang lari kebukit mati kehausan disana.Aku keluar dari rumah meninggalkan anak kecilku untuk mencari suamiku,tiba-tiba anak kecilku merangkak menuju ke periuk yang airnya sedang mendidih lalu ditariknya periuk itu akhirnya tumpah diatas badannya sehingga mengelupas kulitnya.Berita ini sampai kepada puteraku yang telah kahwin ditempat lain,apabila mendengar berita yang menimpaku dia jatuh pengsan dan akhirnya mati.Kini tinggal aku seorang.

Abul Hasan bertanya;Bagaimana kamu boleh sabar dalam menghadapi musibah yang sangat hebat ini?Berkata wanita itu:Tiada seorang pun yang dapat membezakan antara sabar dengan mengeluh melainkan ia menemukan diantara keduanya ada jalan berbeza.Ada pun sabar dengan memperbaiki yang lahir.Maka hal itu baik dan terpuji akibatnya.Adapun mengeluh maka orangnya tidak mendapat ganti rugi,yakni sia-sia sahaja.

Telah bersabda Rasulullah SAW:Mengeluh itu termasuk kebiasaan Jahiliyah,dan orang yang mengeluh jika ia mati sebelum taubat,maka Allah akan memotongkan baginya pakaian dari wap api neraka.  

Wednesday 15 June 2011

PEREMPUAN DAN LELAKI YANG PERLU DIJAUHI

PEREMPUAN YANG PERLU DIJAUHI

  •   PEREMPUAN BANYAK KELUH KESAH,SENTIASA MENGADU AKAN NASIBNYA PADA HAL SENTIASA BERHIAS DIRI.
  •  PEREMPUAN YANG SUKA MENGUNGKIT KEBAIKAN YANG DIBUAT.
  •  PEREMPUAN YANG MINAT KEPADA LELAKI LAIN ATAU MAHU ANAK DENGAN SUAMI YANG LAIN.
  •  PEREMPUAN YANG BANYAK PERMINTAAN DAN PAKSA SUAMI PENUHI PERMINTAANNYA.
  • PEREMPUAN YANG SEPANJANG HARI MELICIN DAN HIAS MUKA DAN YANG SELALU MARAH ATAS MAKANAN YANG DIBERI SUAMINYA DENGAN MENGATAKAN IANYA KURANG ATAU TIDAK MENCUKUPI.
  •   PEREMPUAN YANG TERLALU BANYAK BERCAKAP ATAU BERLETER.



LELAKI YANG PERLU DIJAUHI
  •   KIKIR DAN BAKHIL TERHADAP ISTERI DAN KELUARGA.
  •   MEMBESARKAN DIRI DAN BERMEGAH-MEGAH DENGAN KEDUDUKANNYA.
  • PENAKUT.

Sunday 12 June 2011

ANAK KECIL YANG TAKUT DI BAKAR DALAM NERAKA

Dalam sebuah riwayat menceritakan, seorang lelaki tua sedang berjalan-jalan di tepi sungai, sedang dia berjalan-jalan dia terpandang seorang anak kecil yang sedang mengambil wuduk. Tetapi yang menghairankan budak kecil itu mengambil wuduk sambil menangis. Apabila orang tua itu melihat anak kecil itu menangis maka orang tua itu pun bertanya, wahai anak kecil,kenapa menangis?

Maka berkata anak kecil itu.Wahai pakcik,saya telah membaca sepotong ayat Al-Quran sehingga sampai kepada ayat yang berbunyi,YAA AYYUHAL LADZIINA AAMANUU QUU ANFUSAKUM;yang bermaksud wahai orang-orang yang beriman, jagalah olehmu sekalian akan dirimu.Apabila saya terbaca ayat ini maka berterusan gugurlah air mata saya sebab takut akan dimasukkan kedalam api neraka.

Berkata orang tua itu, wahai anak kecil, janganlah kamu menangis kerana takut lagi, sesungguhnya kamu terpelihara dan kamu tidak akan dimasukkan kedalam api neraka lantaran kamu masih kecil dan tidak memikul dosa. Berkata anak kecil itu. Wahai pakcik, bagaimana saya boleh berhenti menangis sedangkan tidakkah pakcik lihat kalau orang menyalakan api maka yang pertama sekali mereka meletakkan ranting-ranting kayu yang kecil dahulu kemudian baru mereka meletakkan kayu yang besar.Jadi tentulah saya yang kecil ini akan dibakar terlebih  dahulu sebelum dibakar orang yang besar.

 Berkata orang tua itu dalam keadaan insaf, sambil menangis. Sesungguhnya anak kecil ini lebih takut kepada api neraka daripada orang yang dewasa maka bagaimanakah keadaan kami nanti.

Friday 10 June 2011

TIPS MENDAPAT ANAK YANG SOLEH

KATA SYEIK AL ARIF BILLAH SYEIK ABDUL WAHAB SYARANI IA NAKAL DARIPADA   
SYEIK MAHYUDIN IBNU ARABI IAITU BARANGSIAPA BERKEHENDAK ANAK YANG BAIK   
MAKA HENDAKLAH INGAT DALAM HATINYA KETIKA JIMAK BERSAMA ISTERI AKAN RUPA ORANG YANG ALIM SERTA KEELOKAN RUPA DAN SIFAT ORANG ALIM ITU AGAR ANAK YANG LAHIR MENGIKUT KEELOKAN ITU.

JANGAN HANYA GEMBIRA JIKA DAPAT ANAK LELAKI DAN SEDIH JIKA DAPAT ANAK PEREMPUAN.

SUNAT DIAZANKAN PADA TELINGA KANAN DAN DI IQAMAT PADA TELINGA KIRI SEJURUS LEPAS LAHIR.BOLEH MENGELAKKAN DARIPADA PENYAKIT SAWAN DAN SUNAT AJAR KALIMAH PERTAMA YANG DITUTURKAN IALAH LAILAHAILLALLAH.SUNAT DIBACA SURAH INNAANZALNA.

MENAMAI KANAK-KANAK ITU DENGAN NAMA YANG BAIK.(TERLEBIH BAIK NAMA IALAH ABDULLAH DAN ABDUL RAHMAN DAN NAMA MUHAMMAD)

SUNAT MENYEMBELIH AQIQAH,JIKA MAMPU PADA HARI KE 7 ATAU 14 ATAU 21 BEGITULAH SETERUSNYA DALAM GANDAAN 7.

PADA HARI KE 7 JUGA SUNAT MENCUKUR KEPALA KANAK-KANAK DAN SUNAT SEDEKAH EMAS ATAU PERAK MENGIKUT BERAT TIMBANGAN RAMBUTNYA.


SUNAT MENYUAP KANAK-KANAK DENGAN KURMA ATAU DENGAN SESUATU YANG MANIS(BELAH MULUT)

Wednesday 8 June 2011

SEORANG ABID DITIPU IBLIS

Dihikayatkan bahawa pada suatu masa dahulu terdapat seorang abid yang sangat rajin beribadat. Beliau mempunyai 60 ribu orang anak murid yang mempunyai pelbagai kelebihan kerana berkatnya.Barsisha adalah namanya.Kerajinannya turut dikagumi oleh para malaikat.

Hinggalah pada satu hari telah datang Iblis ke tempat ibadatnya dengan menyamar sebagai seorang ahli ibadat. Memintalah Iblis untuk masuk beribadat bersama Barsisha dan dipersilalah oleh Barsisha dengan gembiranya. Iblis yang menyamar sebagai ahi lbadat tadi telah beramal bersama Barsisha selama 3 hari 3 malam. Satu perkara yang amat mengkagumkan Barsisha ialah sahabat barunya ini sangat kuat beramal dan tidak pernah berhenti walau sesaat pun sedangkan dirinya terpaksa berhenti berehat untuk tidur,makan,minum dan urusan lainnya yang tidak dapat dielakkan sebagai manusia.

Apabila masuk hari ke 3, Barsisha tidak dapat menahan diri lagi lantas bertanya kepada Iblis yang menyamar tadi bagaimana dia boleh beribadat tanpa berhenti. Menyedari yang muslihatnya mula menampakkan hasil,maka Iblis dengan pura-pura merendah diri bertanya kepada Barsisha pernahkah beliau berbuat dosa. Maka jawab Barsisha rasanya tiada. Iblis pun menerangkan bahawa dia pernah berbuat dosa besar jadi setiap kali apabila ia hendak berhenti beribadat maka teringat dia akan dosanya jadi teruslah ia bertaubat dan menyambung ibadatnya. Kata Iblis yang menyamar tadi bahawa itulah rahsia yang membolehkan ia beribadat tanpa henti,jadi Barsisha perlulah berbuat dosa untuk beramal sepertinya.


Termenunglah Barsisha memikirkan dosa apa yang hendak dibuatnya.Maka Iblis memberi cadangan agar ia membunuh orang tapi ditolak oleh Barsisha. Iblis mencadangkan pula agar berzina tapi tetap di tolak oleh Barsisha. Kemudian Iblis mencadangkan agar minum arak dan cadangan ini diterima oleh Barsisha. Bertemulah Barsisha dengan seorang perempuan yang menjual arak ,maka minumlah ia arak disitu. Setelah mabuk dipakasanya perempuan yang menjual arak itu berzina dengannya.Apabila tersedar,untuk mengelakkan rahsianya terbuka dibunuh pula perempuan itu.Itulah bahaya arak bapa segala dosa.


 Iblis yang tahu jeratnya telah mengena menyamar ia sebagai suami perempuan itu dan diseret Barsisha kehadapan raja untuk dihakimi.Raja menjatuhkan hukuman 80 kali sebat kerana minum arak,100 sebat kerana berzina dan disula kerana membunuh. 


Sebelum dihukum bunuh datanglah Iblis yang belum puas menyamar sebagai ahli ibadat kembali. Maka bertanya Iblis kepada Barsisha apa telah jadi dengan engkau. Jawab Barsisha inilah balasan orang yang berkawan dengan taulan yang jahat. Iblis yang licik itu menawarkan pertolongan bagi membantu Barsisha dari hukuman bunuh tapi dengan satu syarat. Barsisha yang harapkan keselamatan dirinya bersedia untuk mengikut syarat Iblis iaitu untuk sujud padanya. Cuma masalahnya Barsisha diikat di atas kayu tidak dapat untuk berbuat demikian. Maka kata Iblis cukuplah dengan angguk kepala sekali dengan niat sujud kepadanya. Maka dilaksanakan oleh Barsisha dan menjadi kafirlah ia .


Maka kata Iblis aku lepas daripada engkau sesungguhnya aku takut pada tuhan semesta alam. Disulalah Barsisha dengan arahan raja dan matilah ia dalam kafir nauzubillah minzalik.

HIKAYAT SYAITAN GEMUK BERTEMU SYAITAN KURUS

Pada suatu hari telah bertemu syaitan kurus dengan syaitan gemuk maka masing-masing kehairanan terhadap apa yang berlaku pada diri sahabat mereka. Syaitan yang kurus hairan melihat mengapa begitu gemuk kawannya dan yang gemuk pula hairan melihat betapa kurus kawannya itu.

Maka bertanyalah syaitan yang gemuk kepada yang syaitan yang kurus, “wahai sahabatku, mengapa begitu kurus aku melihat engkau?”. Menjawablah syaitan kurus dengan penuh dukacita, sebenarnya aku telah ditugaskan untuk mengikut seorang lelaki yang beriman untuk menggodanya, tetapi malangnya lelaki itu selalu membaca ‘Bismillahhirrahmanirrahim’ setiap waktu samaada masuk ke rumah, sebelum makan atau apa saja perbuatannya mesti dimulai dengan ucapan tersebut, kerana itu aku tidak dapat bersekutu dengannya dalam segala pekerjaannya termasuklah makan dan minum. Itulah yang menyebabkan keadaan aku kurus begini.

Syaitan kurus pula bertanya, “ Wahai sahabatku yang beruntung, mengapa engkau kelihatan gemuk dan bertenaga seperti ini?”. Maka menjawab syaitan gemuk dengan gembira dan bangganya bahawa sesungguhnya aku juga telah menerima tugas seperti engkau Cuma lelaki yang perlu aku ikut itu melupakan lelaki yang lalai dan sentiasa mengabaikan bacaan Bismillah dalam semua urusannya, kerana itu aku dapat menyertai dalam semua urusannya. Aku dapat masuk ke dalam rumahnya, makan dan minum besertanya dan aku menunggang di atas tengkuknya laksana ia haiwan peliharaanku.

ShoutMix chat widget