Wednesday, 8 June 2011

SEORANG ABID DITIPU IBLIS

Dihikayatkan bahawa pada suatu masa dahulu terdapat seorang abid yang sangat rajin beribadat. Beliau mempunyai 60 ribu orang anak murid yang mempunyai pelbagai kelebihan kerana berkatnya.Barsisha adalah namanya.Kerajinannya turut dikagumi oleh para malaikat.

Hinggalah pada satu hari telah datang Iblis ke tempat ibadatnya dengan menyamar sebagai seorang ahli ibadat. Memintalah Iblis untuk masuk beribadat bersama Barsisha dan dipersilalah oleh Barsisha dengan gembiranya. Iblis yang menyamar sebagai ahi lbadat tadi telah beramal bersama Barsisha selama 3 hari 3 malam. Satu perkara yang amat mengkagumkan Barsisha ialah sahabat barunya ini sangat kuat beramal dan tidak pernah berhenti walau sesaat pun sedangkan dirinya terpaksa berhenti berehat untuk tidur,makan,minum dan urusan lainnya yang tidak dapat dielakkan sebagai manusia.

Apabila masuk hari ke 3, Barsisha tidak dapat menahan diri lagi lantas bertanya kepada Iblis yang menyamar tadi bagaimana dia boleh beribadat tanpa berhenti. Menyedari yang muslihatnya mula menampakkan hasil,maka Iblis dengan pura-pura merendah diri bertanya kepada Barsisha pernahkah beliau berbuat dosa. Maka jawab Barsisha rasanya tiada. Iblis pun menerangkan bahawa dia pernah berbuat dosa besar jadi setiap kali apabila ia hendak berhenti beribadat maka teringat dia akan dosanya jadi teruslah ia bertaubat dan menyambung ibadatnya. Kata Iblis yang menyamar tadi bahawa itulah rahsia yang membolehkan ia beribadat tanpa henti,jadi Barsisha perlulah berbuat dosa untuk beramal sepertinya.


Termenunglah Barsisha memikirkan dosa apa yang hendak dibuatnya.Maka Iblis memberi cadangan agar ia membunuh orang tapi ditolak oleh Barsisha. Iblis mencadangkan pula agar berzina tapi tetap di tolak oleh Barsisha. Kemudian Iblis mencadangkan agar minum arak dan cadangan ini diterima oleh Barsisha. Bertemulah Barsisha dengan seorang perempuan yang menjual arak ,maka minumlah ia arak disitu. Setelah mabuk dipakasanya perempuan yang menjual arak itu berzina dengannya.Apabila tersedar,untuk mengelakkan rahsianya terbuka dibunuh pula perempuan itu.Itulah bahaya arak bapa segala dosa.


 Iblis yang tahu jeratnya telah mengena menyamar ia sebagai suami perempuan itu dan diseret Barsisha kehadapan raja untuk dihakimi.Raja menjatuhkan hukuman 80 kali sebat kerana minum arak,100 sebat kerana berzina dan disula kerana membunuh. 


Sebelum dihukum bunuh datanglah Iblis yang belum puas menyamar sebagai ahli ibadat kembali. Maka bertanya Iblis kepada Barsisha apa telah jadi dengan engkau. Jawab Barsisha inilah balasan orang yang berkawan dengan taulan yang jahat. Iblis yang licik itu menawarkan pertolongan bagi membantu Barsisha dari hukuman bunuh tapi dengan satu syarat. Barsisha yang harapkan keselamatan dirinya bersedia untuk mengikut syarat Iblis iaitu untuk sujud padanya. Cuma masalahnya Barsisha diikat di atas kayu tidak dapat untuk berbuat demikian. Maka kata Iblis cukuplah dengan angguk kepala sekali dengan niat sujud kepadanya. Maka dilaksanakan oleh Barsisha dan menjadi kafirlah ia .


Maka kata Iblis aku lepas daripada engkau sesungguhnya aku takut pada tuhan semesta alam. Disulalah Barsisha dengan arahan raja dan matilah ia dalam kafir nauzubillah minzalik.

HIKAYAT SYAITAN GEMUK BERTEMU SYAITAN KURUS

Pada suatu hari telah bertemu syaitan kurus dengan syaitan gemuk maka masing-masing kehairanan terhadap apa yang berlaku pada diri sahabat mereka. Syaitan yang kurus hairan melihat mengapa begitu gemuk kawannya dan yang gemuk pula hairan melihat betapa kurus kawannya itu.

Maka bertanyalah syaitan yang gemuk kepada yang syaitan yang kurus, “wahai sahabatku, mengapa begitu kurus aku melihat engkau?”. Menjawablah syaitan kurus dengan penuh dukacita, sebenarnya aku telah ditugaskan untuk mengikut seorang lelaki yang beriman untuk menggodanya, tetapi malangnya lelaki itu selalu membaca ‘Bismillahhirrahmanirrahim’ setiap waktu samaada masuk ke rumah, sebelum makan atau apa saja perbuatannya mesti dimulai dengan ucapan tersebut, kerana itu aku tidak dapat bersekutu dengannya dalam segala pekerjaannya termasuklah makan dan minum. Itulah yang menyebabkan keadaan aku kurus begini.

Syaitan kurus pula bertanya, “ Wahai sahabatku yang beruntung, mengapa engkau kelihatan gemuk dan bertenaga seperti ini?”. Maka menjawab syaitan gemuk dengan gembira dan bangganya bahawa sesungguhnya aku juga telah menerima tugas seperti engkau Cuma lelaki yang perlu aku ikut itu melupakan lelaki yang lalai dan sentiasa mengabaikan bacaan Bismillah dalam semua urusannya, kerana itu aku dapat menyertai dalam semua urusannya. Aku dapat masuk ke dalam rumahnya, makan dan minum besertanya dan aku menunggang di atas tengkuknya laksana ia haiwan peliharaanku.

ShoutMix chat widget